Monday, April 4, 2016

Resepi Stok Ayam Homemade Tanpa MSG

STOK AYAM HOMEMADE.
Mommies!! Saya nak share cara mudah buat stok ayam.
Setiap hari minggu memang saya akan buat stok ayam utk letak dalam bubur adam yang akan saya bekalkan di rumah pengasuh.

Selain dari letak dlm bubur baby, stok ayam ni juga boleh guna utk masak sup ayam atau sup sayur.
Rasanya macam kiub ayam knorr.. ecehh.. tapi lebih sihat. No MSG ye.
Stok ayam tahan 3-5 hari dalam chiller dan 2 minggu dalam freezer.
Mudah je.
Bahan2.
1- Tulang ayam, leher, wing dan isi sikit2.
2- Bawang putih
3- Bawang merah
4- Rempah 3 beradik
5- Sup bunjut - tak letak pun tak pe
6- Batang saderi
7- Lobak
8- Air secukupnya




Cara2:

Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.
Lepas mendidih, kecilkan api dan renehkan sup hingga airnya tinggal separuh.
Saya biasa rebus 4-6 jam. Sebabnya kita nak keluarkan segala aroma, rasa dan khasiat dari tulang temulang dan isi ayam tu.



Dah masak, tapiskan airnya. Saya biasa ambil isi ayam, batang saderi sikit(batang sahaja) dan lobak untuk dikisar. Bahan2 lain buang ye termasuk tulang2 tu.
Letakkan stok ayam dalam ice tray untuk dibekukan.

Untuk memudahkan mommies, lepas dah beku, keluarkan kiub stok ayam tu dari ice tray dan simpan dlm bekas lain dan letak dalam freezer balik.

So next time if nak guna, mommies just pick beberapa kiub utk letak dalam bubur baby.
Selain dari letak dlm bubur baby, stok ayam ni juga boleh guna utk masak sup ayam atau sup sayur.
So saya pun bekukan juga stok ayam ni dalam tupperware utk digunakan next time if nak buat sup.

Okay, now dah siap. Mommies boleh cuba ye. Jangan lupa bismillah dan selawat.
Good luck.
-cook with love.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...